Role Model

 Berjumpa lagi kita😍.

Hari ni MokCik nak bagi definisi "Mompreneur + Superwoman" dari sudut mata kaca MokCik.

Disclaimer❗️

Tidak ada kena mengena dengan mana-mana kamus. Sama ada Kamus Dewan atau Kamus Ofxord atau juga Kamus Cambridge😅.

Mudah nak faham bila ada definisi atau huraian ringkas bagi satu-satu benda. 

MokCik mendefinisikan ianya sebagai;

1. "Seorang ibu yang memiliki impian sendiri di samping menjadi pendokong hebat seorang suami, guru kepada anak-anak, pengurus rumah tangga di samping anak kepada kedua ibu bapa yang berusia emas". 

2. "Kaya dengan sifat penyayang, penyabar, seorang yang suka membantu, sentiasa mendahulukan orang lain, bijak, berhikmah seperti penuh dengan kesempurnaan".

Disclaimer❗️

Walaupun blog MokCik Kantin lebih berkisar kepada pengalaman dan perjalanan hidup MokCik.

Gambaran sifat kesempurnaan di atas langsung tidak menggambarkan keperibadian MokCik sendiri. Namun kesempurnaan keperibadian dan sifat ini semua adalah dambaan seorang ibu. 

MokCik memilih beberapa Role Model yang akan kita jadikan panduan dan contoh dalam membantu perjuangan Mompreneur + Superwoman dalam MokCik Kantin ini.

Antaranya ialah Role Model terulung iaitu Sayyidatina Khadijah R.A. "Ummul Mukminin". Susuk tubuh ini sepatutnya kita jadikan inspirasi dan meneladani sifat-sifat terpuji yang ditunjukkan oleh Bonda Sayyidah Khadijah R.A.

Melihat kejayaan beliau dalam bidang perniagaan yang menjadikan beliau sebagai jutawan wanita yang terulung dan terkaya di Tanah Arab pada ketika itu yang tiada tandingannya. 

Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka'b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.

Bagaimana beliau memainkan peranan sebagai seorang isteri yang sangat taat dan patuh pada suami. Menghabiskan semua harta yang ada, dalam mendokong perjuangan suaminya. Penyejuk hati suami. Menaruh seluruh kepercayaan kepada suami. Sehingga susuk tubuh ini mendapat salam langsung daripada Allah SWT dan dijanjikan syurga olehNYA.

Walau kita tidak mampu menjadi sesempurna Bonda Sayyidah Khadijah R.A, mengambil sipi-sipi sifat kesempurnaan baginda itu sudah cukup sempurna buat kita seorang isteri yang bergelar ibu, anak dan khalifah Allah di muka bumi ini.

MokCik juga akan memasukkan beberapa kisah dan pengalaman hidup beberapa Mompreneur + Superwoman yang MokCik sendiri bersaksi dengan mata zahir dan batin ini akan semangat juang mereka dalam menempuh segala onak duri demi melihat anak, keluarga dan komuniti bahagia.

MasyaAllah, bukan kaleng-kaleng perjuangan mereka.

Dari situ kita akan melihat bagaimana kehebatan personal yang Allah pinjamkan kepada seorang manusia bergelar ibu. 

In sha Allah, sampai kita jumpa lagi.


Assalamualaikum😃


Kredit : Youtube Channel Ustaz Wadi Anuar : Kisah Khadijah R.A. Inspirasi Wanita Akhir Zaman

https://youtu.be/StwQdWwtguI?si=wPzhOs7UWLbLUTK-

Comments

Post a Comment

Popular Posts