Hadiah KirimanNYA : Episod 2

Assalamualaikum.

😔 momen yang masih lagi terpahat di memori.

Masih lagi membuat MokCik terfikir, ALLAH nak MokCik bagaimana? Dan soalan ini pernah MokCik ajukan kepada Guru Rohani MokCik.

Bukan nak ber"su'uzon" kepada ALLAH. Tapi untuk muhasabah diri. ALLAH nak cerita apa? ALLAH nak bagitahu apa?

Jawab Guru Mokcik, ringkas namun MokCik pasak kemas dalam hati. 

"Setiap apa yang berlaku, semua dengan izinNYA. Tanpa izin daripadaNYA, tidak akan berlaku mudaharat dan kecelakaan, tidak juga dapat dihalang oleh apa pun kebaikan dan manfaat yang telah ditetapkan olehNYA".

MasyaAllah. Sangat dalam. Sangat dalam maksudnya.

....

Apabila si bongsu ditinggal oleh kakak yang bercuti mengikut sepupu mencari kelengkapan kahwin yang tak lama lagi. Merengek minta ke situ sini. Walaupun Along dah cuba menghibur dengan membawa ke Pesta Makanan Viral dan menonton movie Minion. Menuntut janji umi nak bawa ke kolam renang.

....

MokCik memilih sesi petang bermula jam 3 petang, membawa PokCik, adik MokCik dan empat lagi sepupu si bongsu MokCik.

Di kala berehat sekejap menanti usai azan asar, pengunjung semakin ramai. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan penemuan seorang kanak-kanak sudah timbul dipermukaan kolam, lemas.

....

Semua panik, terus dalam kalut MokCik menghubungi kecemasan. Dalam ketika memberi maklumat, ada yang mencadangkan membawa sendiri ke Klinik Kesihatan (KK) berdekatan. Namun tiada siapa yang tahu ke mana nak dituju.

....

MokCik mengambil keputusan lalu meminta izin PokCik, membawa anak kecil itu ditemani abang arwah ke KK berhampiran.

....

Hari minggu, suasana perjalanan ke KK berdekatan memang sangat sibuk dan padat dengan aktiviti hujung minggu pengunjung Pantai Teluk Ketapang.

Walaupun hati kecil MokCik berkata, anak kecil itu telah tiada. Dengan kekuatan dan keyakinan yang dipinjamkan ketika itu, dalam keadaan kecemasan masih lagi dengan penuh hati-hati.

....

Memandu dengan menyalakan signal kecemasan dan menekan hon tanpa henti, memohon ihsan pengguna jalan raya yang lain. Kereta bergerak di line tengah antara kiri dan kanan jalan. Hati tambah sayu, apabila mendengar suara si abang menyeru nama adiknya, Ateh, Ateh dalam suara sendu.

Ya Allah, kuatkan aku😭😭😭. Ya Allah kuatkan aku😭😭😭,

....

Walaupun hati telah berkata ya, namun tidak sanggup untuk mendengar keputusan daripada pihak hospital. Anak kecil ini telah tiada.

....

Tragedi yang memberi kesan yang dalam kepada MokCik, ibubapa dan keluarga arwah serta pengunjung kolam ketika itu.

Dan MokCik amat berharap mendapat perhatian kepada pengusaha kolam renang.

Tolong sediakan LifeGuard yang berkelayakan. Ada ilmu kecemasan. Sentiasa berada di kawasan kolam dan bukannya sibuk dengan perkara yang lain.

Terma dan syarat yang mengatakan "pihak pengusaha tidak bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku". Bukanlah satu tiket untuk berlepas tangan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1283456/kanak-kanak-4-tahun-ditemukan-lemas-di-dalam-kolam-renang-resort

....

Kita hanyalah pelakon di atas pentas dunia. Skrip kehidupan yang telah tersedia. Dakwat yang menulis skrip ini telah kering dan termaktub sebagai "Takdir Kehidupan Hamba".

Comments

Popular Posts