PANJANG ANGAN-ANGAN

 Alhamdulillah.

Berjumpa lagi kita hari ini.

Berkisar kepada "Mini Goal" MokCik untuk minggu ini dan In sha Allah, akan MokCik jadikankan sebagai rutin dalam hidup MokCik.

"Satu Ilmu Satu Hari"

Pagi ini, seperti biasa. MokCik akan cuba lapangkan diri untuk bersama Coach Madiha dalam slot Jurnal 5 Minit @SugarForYourMind.

Tajuk yang kami bicarakan ialah, "Tiada masa nak buang masa". Dan Coach ada kongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang bermaksud;

Rasulullah SAW ada bersabda, "pada waktu pagi, janganlah engkau katakan pada dirimu yang kau akan hidup hingga waktu petang dan setibanya waktu petang, jangan katakan pada dirimu yang engkau akan hidup sampai ke pagi, Ambillah kesempatan masa hidupmu untuk persiapan mati dan masa sihatmu untuk persiapan waktu sakit. Kerana sesungguhnya kamu, wahai Abdullah, belum tahu siapa yang akan dipanggil esok".

Subhanallah.

Kita sering lupa.

Kematian itu adalah sesuatu yang pasti.

Bila dan tika mana, sahaja yang kita belum pasti berlakunya kematian diri kita sendiri.

Hari ini, apabila Coach Madiha memberi kami satu soalan yang sangat "deep". Dan ianya membuat MokCik tersedar.

---

Soalannya; "kalau hari ini hari terakhir, apa yang akan saya buat dulu?

Dalam fikiran terus menerawang pelbagai persoalan. Apa yang akan aku lakukan?

---

Bila-bila masa sahaja aku akan dipanggil balik. Bila dan bagaimana mati yang akan aku hadapi?

---

Aku banyak dosa, semoga Allah Ya Ghafur mengurniakan keampunan kepada diri aku ini, menerima taubat ku. Dan matikanlah aku dalam "husnul khatimah" dan dalam keadaan redha meredhai.

Ya Allah, Ya ArhamarRaahimin, masukkanlah aku ke Syurga FirdausMU tanpa hisab bersama dengan mereka yang aku sayangi dan berjiran dengan kekasihMu Sayyidina Muhamad SAW serta mereka yang ENGKAU kurniakan nikmat.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

---
Di dalam Kitab Minhajul Abidin, MENANGGUH TAUBAT itulah disebut, "Panjang Angan-Angan".


Wallahuallam.


Comments

Popular Posts