Hadiah KirimNYA : Episod 1
Hai !
Bagaimana dengan sahabat MokCik Kantin? Sihat? Atau ada yang sedang diuji sakit?
Musim kan sekarang? Pelbagai jenis penyakit baru timbul. Bumi kita dah pun dah tenat. Dah tak mampu lagi nak membekal udara dan air yang sihat dan bersih. Persekitaran yang sangat panas. Hujan yang turun penuh berasid.
Suasana yang dicipta hasil kerakusan manusia sendiri.
Minggu MokCik yang penuh adegan yang cemas dan sangat mencabar. Penuh dengan pengalaman mahal. Apa yang Allah nak MokCik jadi?
Siapa kata superwoman tak penat? Siapa kata superwoman tak lelah? Siapa kata superwoman tidak beremosi? Siapa kata superwoman adalah penyelamat dunia?
Siapa superwowan? Yang hanyalah seorang hambaNYA yang sangat lemah. Yang hanya dipinjamkan kekuatan olehNYA.
Dalam penat dan lelah, sentiasa belajar menukar menjadi LILLAH. Supaya mereka di sekeliling gembira dan bahagia.
....
Balik dari kelas, Mokcik menerima perkhabaran duka. Khabar duka seorang kakak. Memohon bekas rakan sekelas. Mendoakan keselamatan adiknya. Hilang ketika memandu uji jentera JetSki. Jatuh dan hilang di dalam sungai. Adik kepada sahabat baik MokCik di sekolah menengah, universiti dan hingga kini.
....
Seusai solat Jumaat, MokCik ke rumah bonda. Bonda juga kurang sihat. Demam dan muntah-muntah. MokCik membeli Tomyam Kung di SC. Harapnya bonda berselera menghirupnya. Tiba di rumah bonda, adik keenam MokCik sedang menjerlum dan mengelap badan bonda MokCik. Kelihatan sedikit segar.
....
MokCik minta izin balik dulu. MokCik bercadang berjumpa dengan sahabat baik Mokcik di lokasi kejadian kehilangan adiknya, Taman Tamadun Islam. Ketika sampai, suami ke sahabat MokCik sedang membaca doa sebelum operasi pencarian dan menyelamat memulakan misi.
....
Selepas 24 jam, Alhamdulillah. Jasad ditemui lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian.
....
Arwah seorang anak yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik. Sahabat yang baik.
....
Ya Allah Ya Ghafur. Ampunilah dosa-dosa Arwah Abdullah bin Abdul Mubin. Tempatkan arwah bersama mereka yang ENGKAU beri nikmat. Kepada ahli keluarga arwah, ENGKAU kurniakan afiah dan rahmatMU.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Comments
Post a Comment